(Berjaya's D-Day- Losses cumulate)
Oleh: Ganesh Sahathevan
BGroup (Berjaya Group) telah mengumumkan kerugian besar sebanyak RM 158.346 juta
yang
merangkumi tempoh setengah tahun sehingga 30 Oktober 2000. Syarikat ini memang
sudah
mengalami kerugian sejak April 30, 2000. Kerana itu defisit NTAB telah
mendongak
kepada 0.357 daripada 0.0056 pada April 30,1999.
Terdapat tuntutan untuk membayar balik pinjaman bernilai RM200 juta dalam
bentuk
Dollar FRN, yang dijamin oleh BToto, sedangkan syarikat yang menjamin itu pun
sedang
dihenyak masalah juga. Ini mendesak para pengarah BToto mengeluarkan jaminan
bahawa
pembelian kertas pertaruhan mereka masih mampu dilunaskan oleh syarikat itu.
Para
pengarah BToto dan BGroup masih membisu dalam hal ini.
Para pengarah Btoto, termasuk Pengerusi Ekskutifnya Vincent Tan masih enggan
memberikan jaminan kepada pelanggan Sports Toto bahawa bayaran setiap
kemenangan mereka
itu akan dibuat dengan penuhnya.
Vincent Tan dan juga pengarah eksekutif syarikat yang lain telah disoal apakah
mereka
mampu memberikan jaminan kepada para pelanggan mereka bahawa pembayaran akan
terus
dibuat dengan penuhnya sedangkan syarikat itu sedang menghadapi masalah
kewangan.. Pada
99/00 bayaran BToto adalah berbentuk 65% kepada tiket yang menang, dan 20-25%
kepada
cukai kerajaan. Tetapi, baru-baru ini BToto telah membuat satu cadangan untuk
mengeluarkan dividen sebanyak 175% dan melunaskan jaminan yang dibuat oleh
BToto bagi
pihak BGroup dan juga beberapa syarikat kumpulan yang mungkin memerlukan
keluaran
dana; di antara RM 700 juta hingga RM 1 bilion.
Berbanding semua ini, wang tunai syarikat yang berbaki pada 30 April 2000 hanya
sebanyak
RM 232.764 sahaja. Vincent Tan enggan menjawab soalan bagaimana BToto mampu
mendapatkannya sedangkan syarikat dihenyak oleh masalah kesempitan dana
(seperti
artikel di bawah):
Tentu ada sebab kenapa syarikat perjudian seperti Tanjong dan Magnum mempunyai
baki
kewangan yang besar. Mereka perlu memberi keyakinan setiap tiket yang memenangi
nombor
cabutan dibayar dengan penuh.. Tetapi, baki kewangan yang ada pada BToto
nampaknya
semakin berkurangan kalau dibandingkan dengan baki yang diuruskan oleh Tanjong
dan Magnum.
Keadaan wang tunai yang ada dan memandangkan pada kemestian BToto membayar
sebanyak
RM200 juta pada Disember 31 untuk menepati jaminan FRN yang dikeluarkan oleh
BGroup,
apakah tidak perlu lembaga pengarah BToto mengeluarkan satu kenyataan jaminan
kepada
para pelanggannya bahawa setiap tiket kemenangan mereka itu akan dibayar
dengan
penuh? Sedangkan perkara itu akan merumitkan lagi tekanan untuk syarikat terus
berniaga
dengan dana yang secukupnya?
Btoto telah melaporkan Wang Tunai Berbaki sebanyak RM232.764 pada 30 April,
2000.
Wang simpanan tentu tidak timbul sejak tarikh itu. Tetapi BToto telah membuat
janji
kepada para pemegang sahamnya akan pembayaran dividen bernilai RM720 juta,
yang akan
dibayar daripada keuntungan yang tersimpan.
Cadangan yang diumumkan pada hari Jumaat itu beranggapan bahawa semua pemegang
saham
kalau tidak secara menyeluruhnya, akan membuat pilihan menyimpan dividen itu
dalam
ICULs (surat hutang jaminan yang tidak boleh diubah-ubah). Apa jadinya kalau
ramai yang
tidak bersetuju dengan tanggapan itu? Apakah ini bererti BToto terpaksa
meminjam untuk
membayar dividen itu, lantas melemahkan keadaan kewangan syarikat? (Nota: Dalam
undang-undang perakaunan dan syarikat; dividen masih boleh dibayar dengan cara
syarikat
meminjam daripada institusi kewangan -penterjemah)
Lagipun, pada puratanya, sekitar 65% daripada kutipan perniagaan dibayar balik
dalam
bentuk tiket yang menang. Namun, kalau semua dana yang tersimpan itu digunakan
untuk
membayar dividen apakah BToto boleh menjamin setiap tiket yang menang? Kita
mesti ingat
angka 65% itu ialah anggaran purata sahaja.
Apabila soalan itu dikemukakan, Pengerusi Vincent Tan enggan menjawabnya.
Pada satu majlis bersemuka dengan para analis, bolehkah Vincent Tan memberikan
penjelasan kenapa:
- Apakah perlunya Berjaya Sports Toto mengeluarkan kertas jaminan kepada
pemegang
hutang (FRN) BGroup. Bukankah separuh daripada hutang itu sudah pun ditebus dan
syarat
pinjamannya sudah pun diubah suai semula untuk melegakan si pemiutang?
- Kenapakah Danaharta terpaksa mengambil alih hutang yang ditanggung oleh Sun
Media?
- Semua cek yang dikeluarkan oleh Carlovers (syarikat di Australia) terus
melantun
walaupun Berjaya telah menghantar surat jaminan yang ia menyokong semua aktiviti perniagaan Carlovers?
- Digicom, ada membuat catatan sebagai wang simpanan sebanyak RM98.98 juta, sedangkan jumlah itu pernah satu masa dulu dilupuskan sebagai hutang yang bertapuk.
Bagaimanakah
jumlah sebanyak itu boleh muncul semula dalam penyata perakaunan yang bertarikh
akhir 30 April 1999, sebagai satu item khas, sedangkan kaedah ini memberikan gambaran
bahawa
kerugian bersih menurun daripada RM 177 juta kepada RM 77 juta?
- Para peguam Robin Tan pernah menyatakan bahawa Sun Media, pada 30 April 1999,
adalah
sebuah anak syarikat Bgroup (dengan kepentingan antara 20% hingga 100%).
Kenapakah
kenyataan ini tidak diwartakan dalam laporan tahunan BGroup sejak 1996 dan
seterusnya?
-Ganesh Sahathevan-
Sydney Australia.